Ana tak tahu nak kata strategi politik kita sekarang ni. Macam kartun pun ada. Sekejap sokong. Sekejap tidak. Sokong, tapi tak Islamik. Datang tapi tak mengundi. Datang, tapi mengundi tak ikut laluan parti. Ini politik jenis apa?

Ana minta maaf cakap lah, kalau kita rasa kita boleh menang PRU dengan permainan macam ini, ana rasa kita silap lah.

Kalau nak sokong, kita kena sokong betul-betul. Bukan main politik penyu. Sorong tarik.

Kalau Pas tak ada disiplin macam ini, pada ana orang akan hilang hormat pada kita.

Kalau nak sokong Najib, sokonglah penuh. Jangan bagi peluang kepada PH.

Ini tidak, main politik macam budak sekolah.

Ana tak setuju dengan politik macam ini. Tak ada pendirian. Tak berani. Tak istiqamah. Pas kena undi sebagai satu blok. Baru nampak ada kekuatan. Bukannya politik tangkap muat macam ini.

Kalau kita tak berani pertahan keputusan sendiri, buat malu kaum ajer