Selepas dua minggu penubuhannya, Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu berkata sambutan “luar dugaan” rakyat terhadap parti itu menunjukkan tiga negeri mendahului berbanding negeri lain.

Berdasar data permohonan yang dibentangkan dalam mesyuarat AMANAH kelmarin, Mohamad berkata Kelantan mendahului dengan sebanyak lebih 7,000 borang telah diisi dan dikembalikan kepada ibu pejabat AMANAH dan kini sedang menunggu kelulusan.

Menurutnya lagi, penyertaan kedua terbanyak dari Johor melebihi 5,000 orang manakala, ketiga tertinggi dari Selangor sebanyak lebih 4,000 permohonan dan Kedah berada di tangga keempat dengan permohonan melebihi 2,000 borang.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Mohamad berkata setakat ini sebanyak 50,000 borang telah diedarkan tetapi belum dikembalikan dan dijangka 30,000 borang bakal diluluskan menjelang mesyuarat parti itu yang akan datang.

“Saya rasa, (penyertaan) di luar dugaan, rasa macam floodgate. Saya rasa bukan kerana kehebatan (pemimpin) parti AMANAH, tetapi oleh kerana suasana yang membantu seperti kes 1MDB, nilai duit (yang jatuh), (kenaikan) harga barang.

******************************

Wawancara awal AMANAH dengan media. Kononnya ada 70000 orang yang tak sabar nak mendaftar. Kononnya sekarang AMANAH dah siap sedia untuk tawan Kelantan.

Jangan buat lawak puak ni. Nak tawan Kelantan? Beberapa program AMANAH di Kelantan, nak dapat 45 orang hadir pun payah. Nak tawan?

Kerja buang masa. Geng nak peralat ugama. Tak sedar diri.

Sudahlah tu. Kena terima cadangan DAP, AMANAH kena bertanding di Klang Valley. Tak payah la nak ke Kelantan. Buang masa.

Banyak lagi kawasan di KL dan Selangor. Lawan semua. Bagi puas hati. Tak payaj mimpi nak tawan Kelantan.

Letak Mat Sabu di Kelantan, dapat deposit pun dah nasib baik lah. Sungguh cakap ni.