Kalau Najib pun kita rasa jadi masalah. Sepupu Najib yang datang daripada jalur keluarga yang sama tak banyak beza. Sama sahaja isunya. Lagi teruk mungkin ada.

Dalam isu yang sedang hangat di Laut Cina Selatan, apa yang boleh dibuat oleh sepupu Najib ini adalah untuk mengadu hal kepada Amerika. Sepupu Najib pun semalam, dengan bangga dengan seronoknya menaiki USS Theodore Roosevelt kononnya untuk memantau Laut Cina Selatan.

Isunya, China sudah meletakkan kumpulan tentera yang semakin ramai di Laut Cina Selatan. Yang agak risau adalah Amerika Syarilkat. Sebab tak mahu China mempunyai kuasa yang melampau kuat di rantau sebelah sini.

Orang Pas pun tahu juga pasal balance of power. Pasal offshore balancing. Pasal national interests.

Tapi adalah menjadi kebodohan bila Menteri Malaysia terkinja-kinja nak naik kapal Amerika dan kononnya nak menyelesaikan masalah.

Sepatutnya Menteri Malaysia naik aset sendiri. Guna kapal Malaysia walaupun kecil. Bangga dengan tentera Malaysia bukan tentera Amerika.

Inilah masalahnya kalau kita suka jadi macai kepada kuasa besar. Sebab gila nak berselfie, kita anggap lawatan ke Laut Cina Selatan macam jalan-jalan dengan Cruise Mewah. Cantik untuk kita lambak gambar di Facebook, twitter dan instagram.

Menteri Pertahanan Malaysia patut guna aset sendiri. Tak ada siapa yang nak berperang pun. Tak perlu lah merengek-rengek nak naik kapal perang Amerika.

Lepas ni apa? Merengek-rengek nak tumpang Air Force One?

Bozo punya Menteri.