Ana tahu dan maklum Raja Petra memang ahli lama kita. Ahli lama Pas. Dekat 40 tahun dia dengan kita. Ada masa jadi aset. Ada masa jadi macam haram. Asyik balun parti sendiri. Raja Petra ini pada ana, ikut siapa bayar lebih sahaja. Masa dia ahli Pas pun, Tuhan politik dia tetap Anwar Ibrahim.

Waktu FreeAnwarCampaign, Raja Petra tak kenal kita langsung. Dapat berjuta AUD kerja dengan Anwar, anak kerabat yang huru hara itu lupakan Pas macam tak ada harga langsung.

Sekarang ini, Raja Petra tuduh pula, para pegawai di SPRM semuanya sudah masuk Pakatan Harapan.

Pas bukan Pakatan Harapan. Kita masih percaya dengan Pakatan Rakyat. Jadinya, kita tak pastilah samada kawan-kawan di SPRM sudah masuk PKR, DAP atau c?

Yang ana tahu, mereka tidak masuk Pas. Mereka pilih parti lain?

Pada ana, tuduhan Raja Petra ini cukup jahat. Setahu ana lah, kawan-kawan di SPRM ini semuanya profesional.

Mereka sanggup korban diri untuk jaga SPRM.

Jangan main tuduh-tuduh begitu. Tak baik.