Ana sarankan, semua penyokong dan ahli Pas baca dengan sepenuhnya teks ucapan TG Haji Hadi di Parlimen, yang ana anggap memang luar biasa. Inilah sebab pada ana, Pas masih lagi parti terbaik dalam mengerjakan dakwah dan memberi option kepada kuasa politik.

Isinya kemas. Pandangannya jelas.

Habis pemimpin kerajaan disedarkan tentang amanah dan tanggungjawab mereka. Penuh dengan ibrah dan cerita.

Pada ana, jauh bezanya dengan ucapan Ketua Pembangkang, Kak Wan yang asyik bernostalgia tentang Anwar dan kepimpinannya dahulu.

Zaman dah berlaku. Kita kena balik kepada realiti.

TGHH cakap pasal kepentingan hisbah. Memang itu yang benarnya. Audit di Malaysia ini dah macam jadi bahan lawak.

Entah apa yang diaudit. Entah apa yang dicari.

Antara isu yang disentuh TGHH adalah TPPA. Mudah sahaja pandangan Haji Hadi. Tegas dan cukup berkesan.
TPPA
TPPA ini adalah agendanya, bagi menghapuskan sempadan bumi dan perairan negara,
bersamanya dihilangkan sempadan bumi dan perairan negara, bersamanya dihilangkan sifat
kemanusiaan sejagat dan hak asasi yang adil sesama manusia yang berkeluarga secara masyarakat madani.