Pas ucap tahniah/mabrouk kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa, mantan Timbalan Presiden Pas yang baru sahaja dilantik sebagai CEO Global Movement of Moderates yang baru. Hebat. Kita cukup bangga. Mantap orang no 2 dalam Pas, sudah diangkat tinggi selari dengan Pejabat Perdana Menteri.

Dari dulu, GMM ini memang ada kuasa yang hebat dan besar. Banyak aura Najib peringkat antarabangsa disusun oleh GMM. Bukan calang anak.

Kalau hari ini mantan Timbalan Presiden Pas diberikan amanah susun kekuatan Najib, itu petanda baik untuk kita.

Sampai bila kita nak bergaduh dengan Najib?

Siapa untung kalau kita berseteru dengan Najib?

Tak ada orang pun. Yang untung Anwar dan ahli keluarga dia. Parti tersepit. Islam? Jangan cakaplah.

Sebab itu, pada ana, Ustaz Nasa boleh jadi broker yang berkesan dalam hubungan UMNO dan Pas. Dalam hubungan Marang dan Pekan.

Insya’Allah, kita doakan yang terbaik.

Ada rezeki, Pas dan UMNO akan berkongsi selimut semula. Apa kita buat dalam selimut, orang tak perlu tahu.

Daripada kongsi selimut dengan komunis DAP, baiklah UMNO.