Ana nak ucap tahniah kepada penganjur FASTAQIM yang mampu mengumpulkan lebih 120 ribu orang di Kota Bharu. Pada ana, ini satu pencapaian politik yang luar biasa. Sedang kita dilanyak kononnya Pas sudah kehilangan sokongan, Fastaqim ini mampu buat orang-orang yang benci kepada kita, berasa marah.

Ana tak ada nak komplen apa-apa. Memang semuanya diurus dengan baik. Semuanya mendapat sambutan. Layanan pun bagus. Semua cukup baik.

Pada ana, bila kita tonjolkan kejayaan Fastaqim, ada kalangan YB yang dah masuk AMANAH pun dah mula geleng kepala. Mereka kata, kalau dah macam ini, mereka pun boleh bungkus.

Kan ke kelakar tu. Tahu mereka takut dengan sokongan Pas.

Sebab itu, sebelum nak kurang ajar dengan Presiden parti, kena tengok sokongan dan istiqamah orang yang ada di sekeliling Presiden. Bukan main belasah sahaja.

Bila Pas berjaya dengan Fastaqim mula risau mereka akan gagal menarik sokongan yang kuat di kalangan ahli Pas sendiri.

Pada ana, terlajak kata dan pendirian politik ini hanya menunjukkan kebodohan mereka dalam menilai suasana politik.

Kejayaan Fastaqim ini memang membuka mata. Kawan ana dalam PKR sendiri kata Anwar sendiri baru dapat maklumat, dan dia sendiri risau.

Sebab itu jangan main dengan Pas bro.