Hari ini katanya Saifuddin Abdullah, mantan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi zaman Pak Lah akan masuk PKR. PKR lagi yang dapat big name. Kita nampaknya masih belum ada peluang nak dapat nama-nama besar.

Paling besar pun, bila TG Presiden peluk Ibrahim Ali. Kita kena hati-hati dengan katak ini. Lagi 2/3 tahun pilihanraya, mulalah dia bermanja dengan kita. Lepas menang, dia pun ludah muka dan bendera Pas. Memang stail politik orang tak siuman.

Pada ana, kita kena usaha dapatkan beberapa nama besar dalam masa terdekat ini.

Muhyiddin? Dia dah kata dia UMNO totok. Hina dia macam mana pun, dia tetap orang UMNO. Pendirian bodoh, tapi biarlah dia.

Sanusi? Tak payah pun tak apa.

Ku Li? Rasanya zaman dia pun dah lepas.

Kita kena cepat cari nama besar yang boleh sebabkan Pas jadi padu dan mantap. Kalau tak mahu kalangan orang politik, kita cari kalangan agamawan.

Kena cari segera. Baru kita ketengahkan dalam PRU akan datang.

Kita perlu cari ramai sebab AMANAH akan lawan kita di banyak tempat.

Bukan soal kita perlu takut kepada pengkhianat. Tapi kita nak mereka merempat dan sedar diri yang mereka tak akan ke mana tanpa sokongan Pas.