Bila ada timbulnya isu AMANAH ini, ana hanya risau bab jurucakap kita di Parlimen nanti. Yang ramai jadi jaguh dan handal di Parlimen adalah wakil-wakil kita yang sekarang ini ada dengan AMANAH.
Bila timbul isu-isu yang berat macam TPPA ni, rasanya macam kita cukup kurang orang yang boleh nak bercakap.
Nak harap Ketua Pemuda. Balik-balik mengampu Kementerian Belia dan Sukan. Konon nak tunjuk jiwa muda. Balik-balik tanya soalan yang sama. Bercakap pun jarang sekali.
Nak harap Temerloh, bolehla sikit. Tapi masih tak nampak nak cakap pasal isu TPPA ini. Dia sibuk dengan isu-isu lain.
Ana minta sangat, kalangan aktivis parti pakat bantu-bantu Ahli Parlimen kita bercakap isu TPPA ini.
Kalau senyap, kita pulak malu.
Takkan nak biarkan PKR dan DAP sahaja yang aktif.
Kena buat kerja penyelidikan lah sikit. Jangan harapkan orang sahaja.