Ana kena akui lah, walaupun ada ketika ana balun PKR, tapi dalam isu Pakatan Harapan ini, ana nampak Azmin ada keikhlasan untuk mempertahan Pas dalam isu ini. Pada ana, ianya satu petanda yang baik. Nampak Azmin membalas budi kita.

Jika tanpa sokongan nyata Pas, Azmin tak akan jejak di jawatan MB Selangor. Jauh untuk Azmin capai. Tapi disebabkan setiakawan, kita dokong dan sokong Azmin sepenuh hati.

Sudahnya, terbukti Azmin memang sahabat yang sejati. Tak ramai pemimpin yang macam ini.

Bilamana Azmin mengetuai petisyen untuk mendapat penjelasan Presiden PKR, maka dengan itu terbukti Azmin sayangkan hubungan politik PKR dan Pas.

Bukankah elok kalau Azmin sahaja diangkat sebagai Presiden PKR.

Orangnya kacak. Halus. Pintar dan cekap.

Bukannya mak lampir yang cari simpati sepanjang masa.

Politik mak lampir PKR ini sudah ketinggalan zaman. Rakyat tengok pun dah muak dan penat.