Sangat menarik perkembangan dalam parti PKR ketika ini. Ana duduk dengan kawan PKR Gombak sekejap tadi, ana rasa PKR ini memang darjat politiknya tinggi dan hebat. Kalau kita ada AMANAH untuk balun Presiden, Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden sendiri nak tanam Presiden dia.
Kawan ana maklumkan pagi tadi, Azmin katanya mahu menjawat jawatan Presiden parti bersebab. Azmin tak tahan dengan Presiden yang lembab, tak ada strategi dan lemah membuat keputusan. Kepada Azmin, kita sudah tak boleh jadi Presiden lembab dan lurus.
Azmin nak letakkan diri dia setara dengan Najib, Presiden UMNO.
Menurut kawan ana tadi, selepas jadi Presiden PKR, barulah sedap Azmin nak berbincang dengan Najib dalam isu-isu yang besar dan mega.
Sekarang ini, Najib tak pandang Azmin. Setakat MB apalah sangat. Timbalan Presiden pun power tak ada.
Sebab itu, melihat kedudukan Najib yang semakin tidak menentu, Azmin merasakan ini masanya untuk dia memainkan peranan yang lebih prominent dan penting.
Kak Wan tak ada idea. Tak ada agenda baru.
Kali ini, Azmin akan langgar Kak Wan, dan biarkan Kak Wan fokus kepada Anwar Ibrahim sahaja. Tak perlu sibuk pasal parti.