Nak tergelak pun ada, kesian pun ada, orang tua macam Rahim Thamby Cheek mengaku tidak bersalah kerana menghasut orang ramai, kononnya kerabat Selangor sudahpun murtad. Ini tuduhan yang sangat dahsyat. Bukan main-main. Dah lama orang cakap pasal ini, tapi Rahim Thamby baru tahu agaknya.
Sebenarnya kerabat Selangor pun dah lama nafikan. Tak tahu RTC keluar dari gua mana, tetiba letak dalam facebook fakta bodoh dan palsu.
Bayangkan, seorang Ketua Menteri, dan pernah juga digambarkan sebagai seorang yang sangat karismatik, akhirnya tewas dengan tuduhan bodoh dan berstatus mangkuk hayun.
Agaknya RTC nak temankan Khir Toyo yang kesepian. Bila mereka bersama, bolehlah mereka bincang tentang pembangunan negara.
Katanya, seorang lagi MB yang sedang menunggu turn untuk dihadapkan ke mahkamah adalah MB Pahang. Katanya ada angin-angin songsang yang mengatakan sesuatu isu akan dikenakan terhadap MB Pahang. Isu apa? Tak pasti.
Isu ini cukup kuat berlegar di kalangan orang Pas di Pahang. Sumber mereka pun orang UMNO. Katanya, sudah ada pengganti MB Pahang dalam masa terdekat ini.
Kita harap jangan lah ramai sangat pemimpin Melayu yang masuk berehat di penjara. Bawa bertenang. Jangan berebut. Tempat banyak.