Abdul Malik Kassim @ Malik Itik bukan main marah lagi apabila surat Jabatan Mufti mengenai cadangan mengehadkan penggunaan loudspeaker kepada azan dan iqamah sahaja.

Bukan main mengamuk lagi Malik Itik. Macam langit nak runtuh. Kononnya ini kerja orang yang tak bertanggungjawab.

Soalnya, ini hanya cadangan. Belum lagi diputuskan sepenuhnya oleh Jabatan Mufti. Masih boleh diperbincangkan.

Ana cuma nak bangkitkan, apa keputusan kita dalam Pas. Apa pendirian kita? Apakah kita setuju dengan larangan ini?

Kita nak pakai nas dan dalil mana?

Pada ana, kita kena buat keputusan cepat supaya kita tak tertinggal. Dah terlanjur Guan Eng sisihkan kita, pada ana, kita join dengan UMNO dan serang sahaja Guan Eng ini. Kita serang politik. Kita tekan dia sampai dia tak boleh tahan.

Jangan dia kurang ajar dengan Pas.

Guan Eng kena ingat:-

Profesor Ahmad Ibrahim (m. 1998) di dalam kertaskerjanya, “Islam and The Constitution” yang dibentangkan di Universiti Malaya pada 23 Ogos 1987, ketika Suruhanjaya Perlembagaan dibentuk pada 1956, terma rujukannya (terms of reference) secara khusus memperuntukkan, antara lain, bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu mempunyai peruntukan-peruntukan seperti (a) melindungi kedudukan (position) dan mertabat (prestige) Raja-Raja Melayu di negeri-negeri masing, (b) Yang Di-Pertuan Agung perlu dipilih dari kalangan Raja-Raja Melayu, dan (c) melindungi kedudukan istimewa kaum Melayu. Profesor Ahmad Ibrahim kemudiannya merumuskan kertaskerja beliau: “There seems a need therefore to give a proper place to the Islamic law and the Shariah Courts and thus to implement the provision that Islam is the religion of the Federation. As Islam is the religion of the Federation the Shariah as based on the Holy Quran and the Sunnah must be enforced in the Federation and it should be provided that any law which is inconsistent with the HolyQuran and the Sunnah shall be void to the extent of such inconsistency.