Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam heboh kononnya Azmin kena beri nama baru kepada Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan, sebab Pas tidak ada dalam Pakatan Harapan. Oleh yang demikian, kena bagi nama baru.
Nama tak penting, yang penting kerja.
Setakat ini, hasil kerja Azmin di Selangor pun bukan hebat mana. Mula-mula sahaja macam terer. Lepas tu, kelam dan berjerebu.
Isu DEIG tak selesai. Isu air, setengah masak. Isu lain? Masih begitu juga.
Apa yang Azmin boleh banggakan di Selangor?
Income? Investment?
Yang bergaya hebat hanyalah orang-orang Pejabat MB. Semua disusun untuk mereka dapatkan apa yang mereka mahu.
Pas Selangor kena main tarik tali dengan Azmin. Kena tegas bila kita nakkan sesuatu. Jangan biar dia layan macam kucing kurap.
Ana diberitahu, ada Exco Pas yang silu nak bercakap dengan MB. Rasa macam diperbodohkan. ‘You better be quiet’. Macam tu ajer Azmin belasah. Itu tahap Exco.
Yang hairan, exco DAP dilayan macam raja.