Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican kesal dengan pihak yang mempertikaikan keputusan Wisma Putra memanggil duta besar China menjelaskan kenyataannya sewaktu melawat Jalan Petaling 25 September lalu.

Menurut Reezal, Wisma Putra merujuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum memanggil Dr Huang Huikang.

“Ingin saya tegaskan bahawa keputusan memanggil duta China dibuat Wisma Putra setelah mendapat persetujuan daripada menteri luar negeri setelah berbincang dengan perdana menteri.

“Saya amat kesal apabila ada pihak tertentu yang melemparkan tuduhan yang tidak berasas sehingga merumitkan usaha Wisma Putra untuk mengendalikan isu ini secara baik, tegas dan berhemah,” kata Reezal dalam satu kenyataan hari ini. 

 
———————–
Nazri Aziz balun Kementerian Luar. Kementerian Luar balas. Nazri minta maaf. Kementerian Luar balun lagi. Bila nak habis bila asyik balun sama sendiri? Negara makin merosot ekonominya.
Pak Pak Menteri tahu atau tidak, esok RM11 bilion bon kerajaan akan matang. Gomen kena keluar duit bayar. Ada harapan Mat Salih melabur balik ke Malaysia? Rasanya sangat tipis.
Sudah tu, masih ada masa nak balun sama sendiri? Masih ada masa nak gaduh sama sendiri?
Sudahlah tu, buat kerja sudahlah.
Kita dalam Pas naik risau bila keadaan ekonomi makin nazak dan teruk.
Pemimpin masih seronok kononnya semua masih OK dan bagus.