Tuan Guru Haji Hadi disaman hanya kerana niat kita (Pas) untuk membawa Private Members Bill ke Parlimen, agar beberapa klausa di dalam Enakmen Syariah dapat dilaksanakan di Kelantan.
Rupanya, nak membawa Hudud pun jadi masalah kepada kita. Yang sedap, yang saman pun orang Melayu-Islam. Tak tahulah di atas tajaan siapa.
Yang menyaman:-
Mansoor bin Saat
Azira binti Aziz
Hasbeemaputra Abu Bakar
Hazwany binti Jamaluddin
Tak tahu apa yang Melayu ini takut sangat dengan Hudud. Cemas semacam. Seperti cacing kepanasan dengan usaha Pas.
Ana tengok Facebook budak nama Hasbeemaputra ini pun lain macam. Tuduh tak mahu. Ana minta pembaca nilai sendiri.
Kita doalah anak Melayu (Bumiputera) Muslim yang empat orang ini diberikan hidayah oleh Allah SWT.
Bukan apa, kesian keluarga mereka. Menyaman menentang Islam ini bukan sesuatu yang baik.
Takut keluarga mereka terpalit dan menjatuhkan maruah.
Kita pun nak tahu apa yang mereka fobia sangat dengan Hudud/Enakmen Jenayah Syariah ini. Mereka bukan orang Kelantan. Ada tu orang Sarawak. Tapi cemas macam dia tinggal di Kedai Mulong, Kota Bharu.