Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru parti pembangkang termasuk NGO supaya mengetepikan perbezaan bagi mewujudkan muafakat politik baru demi membawa perubahan kepada negara.

Menurutnya lagi, usaha rundingan meja bulat sebagai langkah untuk menyelamatkan Malaysia dengan menggembleng tenaga semua pihak yang komited kepada reformasi, keadilan dan kedaulatan undang-undang.

“Walau saya di penjara, saya tetap dapat merasai kerisauan dan kebimbangan rakyat terhadap isu ekonomi dan kejatuhan nilai mata wang ringgit, penggunaan retorik perkauman yang semakin meningkat dan skandal 1MDB yang tidak berkesudahan.

“Dalam keadaan genting ini, kita perlu mengetepikan perbezaan dan maju ke hadapan untuk membentuk alternatif yang berdaya maju, adil dan demokratik berbanding kerajaan sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Persidangan meja bulat akan diadakan esok di Hotel Empire, Subang Jaya bermula jam 10 pagi.

—————

Katanya PAS tak mahu terlibat dalam perbincangan di Empire pagi ini (22.9.2015). Tapi kalau pimpinan ubah keputusan saat akhir, ana tak tahu.

Nasihat Anwar ini bagus. Tapi elok dari dalam jeriji penjara, Anwar nasihatkan diri sendiri supaya tidak lagi membuat kelaku buruk homoseksual di masa akan datang.

Anwar patut luangkan banyak masa tengok kelemahan diri sendiri, sebelum nak suruh orang bersetuju dengan muafakat baru. Anwar perlu bermuafakat dengan iman, dan tidak buat lagi perangai lama.

Pada ana, sekarang Anwar sudah tidak ada bisa. PAS sanggup kurangkan kerjasama dengan Pakatan kerana kita kecewa dengan sikap Anwar dan sekutu yang lain.

Muafakat baru? Tak perlu. Kami boleh berdiri sendiri.