Selepas diheret dengan pelbagai konflik dalaman baik dengan rakan gabungan Pakatan Rakyat mahu pun kepimpinan parti itu sendiri, PAS hari ini melancarkan “Himpunan 60 Ribu” (H60K)

Himpunan yang akan berlangsung pada 17 Oktober itu nanti sebagai langkah menguatkan kembali sokongan akar umbi kepada parti Islam itu, kata pengarahnya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

“Matlamat berkait rapat dengan krisis politik Malaysia, sama ada dalam negara, parti PAS dan Pakatan Rakyat.

“Semua itu perlu sokongan serta dukungan kefahaman ahli supaya yakin dengan perjuangan,” katanya pada sidang media khas Pelancaran Program “Himpunan 60 Ribu” (H60K) di Galeri Media Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Menurut anggota Parlimen Pasir Mas itu lagi, himpunan tersebut juga ekoran desakan akar umbi supaya parti itu memberi penjelasan serta mengambil tindakan susulan selepas kemelut melanda.

“Ahli tuntut sesuatu dari kepimpinan. Ia datang dari suara semangat akar umbi untuk kukuhkan Pas dan tunjuk istiqamah pada parti PAS,” katanya.

********************
Tahniah kepada KP Pas yang baru, cukup pandai mengatur usaha dan program.
Ana dimaklumkan, H60K ini akan turut disertai beberapa orang cendikiawan Melayu yang selama ini menjadi nadi kepada pemikiran dan tasawwur orang Melayu/Islam di Malaysia.
– Al Fadhil Ustaz Jamal Yunos Al-Sekinchani
– Saibul Samahah Dr Rani Kulup Dongibap
– Al Malek Ali Tinju
– Datuk Paduka Ibrahim Ali Al-Kataki
Kalau benar mereka semua turun, ini adalah permulaan yang sangat positif oleh Pemuda Pas. Memang sudah terbayang langkah kejayaan.