Ana respek sungguh dengan Annuar Musa, sebab berani ucapkan terima kasih kepada Pas bila Himpunan Merah berjaya. Sebab apa Annuar Musa respek? Sebab kita tak minta duit, baik tambang atau makan.
Kalau kita nak turun, kita akan turun. Tak perlu duit poket atau apa.
Annuar Musa tahu, Pas gerakkan orang dalam keadaan senyap. Kita ada kasyaf. Tetiba, ramai sahaja orang. Tak macam UMNO yang kena guna macam-macam ubat pengasih dan krim senyoyong nak beri orang turun berdemo. Ini beza kita dan mereka.
Ana tak pelik bila Ketua Pemuda Pas turun Himpunan Merah. Ini orang ada pemikiran dan strategi.
Ketika mana Ketua Pemuda UMNO tak turun dan beri sokongan, Ketua Pemuda Pas dengan tenang hadir dan beri pandangan.
Bilamasa lagi Pemuda Pas nak sampaikan pandangan depan ratusan ribu orang Melayu? Inilah masanya. Nampak bijaknya Abduh dengan kepimpinan Pemuda Pas.
Kalau ikut undang-undang Suhaizan Kaiat, ini kerja bodoh. Tapi dia tak nampak bagaimana Abduh sudah gunakan kedudukan dan kesempatan untuk hijack Himpunan Merah untuk kepentingan Pas.
Ini beza cara berperang orang pandai dengan orang bodoh yang ada dalam AMANAH.