Kenyataan Pemuda PAS

Pemuda Pas melahirkan rasa kecewa terhadap rakan baik politiknya, PKR kerana menerima kemasukan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar pada Jumaat lalu.

Ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata bahawa tindakan itu jelas bertentangan dengan polisi yang diwujudkan sebelum ini di dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, polisi tersebut melarang mana-mana ahli di dalam PR sebelum ini untuk menyertai parti lain sama ada Pas, PKR mahupun DAP atas tujuan menjaga hubungan baik sesame mereka.

“Dalam isu ini, kita lahirkan rasa terkilan dengan rakan kita (PKR) yang menerima (ahli kita) yang lompat parti.

“Tetapi kita masih kekal dengan polisi kita iaitu menghormati hubungan dalam PR dan InsyaAllah kita harapkan benda itu tidak berlaku di dalam parti ini yang mana ahli parti kawan masuk ke dalam parti kita selama mana masih kawan dalam PR,” katanya ketika sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Pas hari ini.

Nik Abduh juga menegaskan Pas perlu ada di dalam Pakatan 2.0 meskipun DAP menolak kehadiran parti itu bersama dalam gabungan baru akan datang.

Kenyataan Pemuda PKR

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berpendapat tiada sebarang kesalahan sekiranya mana-mana pemimpin PAS ingin menyertai parti itu kerana sebelum ini turut berlaku perkara sama membabitkan kedua-dua parti itu.

Nik Nazmi berkata, Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz juga tidak perlu berasa takut dengan penyertaan pemimpin mereka ke dalam PKR sekiranya yakin dengan pertubuhan mereka.

“Ada beberapa ahli PKR yang sertai PAS, tiada masalah…kalau kita yakin dengan pertubuhan kita buat apa kita nak takut,” katanya, kepada pemberita selepas berucap merasmikan penutup Kongres Mahasiswa Kebangsaan di Ampang Jaya, Selangor hari ini.

***************Bukan soal takut atau tidak. Ini soal disiplin parti dalam Pakatan. Nik Nazmi mungkin seronok, kerana dapat bekas SUA Pas sebagai ahli baru mereka.

Tapi kena sedar diri, Kamaruddin Jaafar itu terbina namanya dengan Pas buat sekian lama.

Kami tahu dia orang DSAI. Tapi kami terima kerana dia banyak duit dan dapat bantu kami di Kelantan. Duit dia adalah duit parti.

Soalnya, kenapa PKR terima? Patutnya PKR suruh YB KJ masuk AMANAH. Barulah sesuai.

Kita ucap selamat kepada YB KJ yang akan kembali kepada riba Anwar Ibrahim atau lebih tepat Kak Wan. Tahniah.

Tapi, sampai bila pun kami tak halalkan kedudukan kamu yang selama ini bergantung kepada Pas.

Jenis tak sedar dek untung.