Ketika pihak lain berbalah sama ada PAS patut menyertai pakatan pembangkang yang baharu atau tidak, presiden parti Islam itu dilaporkan berkata, ia tidak akan terjadi, lapor sebuah laman portal semalam.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan laman Ismaweb berkata, tidak akan ada penyertaan daripada PAS dalam gabungan parti pembangkang baharu atas sebab agenda yang tersirat di sebalik pakatan tersebut.

“Kita tidak boleh hanyut. Pakatan baharu semata-mata hanya untuk menang pilihan raya akan datang. Mereka tiada agenda untuk memartabatkan Islam,” beliau dipetik berkata selepas pertemuan dengan Sekretariat Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit 2015) di Bangi pada Rabu.

“Konsep kita, mahu Islam didaulatkan dan dimartabatkan kerana kita tahu negara kita mempunyai majoriti beragama Islam,” katanya kepada Ismaweb, sambil menambah pakatan baharu membawa agenda sebaliknya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali bertegas PAS akan menjadi sebahagian pakatan pembangkang baharu, menyatakan ia pendirian kolektif parti selaras amanat ketua umum mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima mana-mana pihak menentang Barisan Nasional.

Tetapi, ia tidak dipersetujui Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang percaya parti sekular mereka tidak lagi boleh bekerjasama dengan parti Islam itu susulan pengalaman buruk mereka dalam Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini hingga menyebabkan pakatan itu terbubar.

***********************

 
 
Pada ana, ini keputusan paling berani yang diambil oleh Presiden parti. Tak ada segan silu. Straight forward. Pas bukan dalam Pakatan 2.0.
Apa makna?
– Kita akan bergerak sendiri dan tidak ada sebab untuk bekerjasama dengan DAP.
– Kita akan bertanding lebih banyak kerusi dalam PRU akan datang
– Kita akan berdiri dengan kekuatan sendiri
– Kita ada banyak option dalam politik
– DAP bukan TAIKO politik kita
– Jangan ada orang yang nak persendakan Islam
– Tuan Guru ada pendirian yang tegap
Pada ana, ini mesej yang cukup berani dan hebat. TG HH adalah seorang Presiden yang paling berani dan berpegang kepada prinsip.
DAP boleh pergi jahanam. PKR yang tak mahu kawan dengan kita pun boleh pergi jahanam. PAN? Tak ke mana. Esok lusa akan mati sendiri.
Hebat TGHH.