Ana kadangkala tak faham dengan media kerajaan yang membodohkan diri sendiri. NST bukan main lagi pakai cerita Izzah nak beli dokumen Justo di muka hadapan. Awani hari ini tambah lagi dengan cerita sama.

Mereka nak gambarkan Izzah sanggup jadi pengkhianat negara dan nak beli dokumen yang dijual di pasaran.

Apakah salah perbuatan Izzah? Di mana salahnya? Memang tanggungjawab pembangkang nak jatuhkan kerajaan dan pemimpin. Itu basic political science. Takkan bodoh sangat.

Kita peduli apa kalau Izzah nak bayar sampai RM17 juta pun (contoh). Suka hati dialah. Janji apa yang dibeli itu mampu jatuhkan gomen dan PM. Sudah. Kalau perlu belanja banyak itu, berbaloi, apa salahnya?

Pada ana, kita harus puji keberanian Izzah untuk deal dengan orang seperti Justo untuk dapatkan dokumen. Ini berani. Malu ahli politik lelaki kalangan PR yang hanya jadi tukang perhati. Mak Janda juga yang berani ke depan. Mana korang punya benda alah? Buat pustaka?

Skandal rasuah di Brazil, kalau tak kerana info dalaman dan dokumen sulit, tak akan terbuka. Sudahnya, habis terkeluar semua nanah busuk rasuah di negara tersebut.

Ana tabik dan puji Izzah. Keberanian dia sebagai ahli politik solo, memang diakui dan handal.