Kuat betul baiah puak PAN ini dengan DAP. Lepas tertubuhnya parti, benda pertama yang nak dibuat adalah pastikan RUU Hudud dibuang dan disingkir. Hebat puak ni. Lepas keluar Pas, terus sanggup nak kencingkan hudud.
Kita nak harapkan apa kepada puak yang sanggup lupakan baiah kerana politik? Tak boleh harap. Ini semua muka penipu dan sanggup gadai agama.
Memang kita sedih, tapi inilah hakikatnya. Bila diri sudah bergelumang dengan dosa dan noda, apapun dia sanggup buat.
Blog ini dimaklumkan, perhimpunan memperkenalkan AMANAH di Sarawak gagal teruk. Tak ramai orang. PKR tidak membantu langsung.
Punca? Baru Bian adalah seorang Kristian, dia tahu, kalau dia rapat sangat dengan parti Islam, undi dia pun hancur.
Padan dengan muka. Baru tau tak mudah nak berkawan dengan puak ni.

Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa bagaimanapun berkata, beliau tidak percaya rang undang-undang itu, yang cuba dibawa sebagai rang undang-undang persendirian oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, akan berjaya dibentangkan di Dewan Rakyat.

Hadi berusaha membentangkan rang undang-undang itu bagi membolehkan Kelantan, yang meluluskan enakmen jenayah Islam di Dewan Undangan Negeri pada Mac, melaksanakan hukuman hudud di negeri di bawah teraju PAS itu.

“Terlalu jauh dari realiti walaupun untuk bercakap mengenai kemungkinan mengundi untuknya. Ia masih belum melalui proses yang sewajarnya.

“Rang undang-undang itu masih dengan Speaker. Ia malah tidak dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja untuk mereka membincangkannya.

“Raja-raja mempunyai bidang kuasa ke atas hal ehwal agama (Islam) dan mereka perlu menyokongnya,” kata Mujahid kepada perhimpunan di Kuching itu.