Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli mengakui sudah tidak lagi bersama PAS sekali gus menolak sebarang tuduhan atau spekulasi mengenai isu bai’ah kepadanya.

Tegasnya, dia tidak mahu dikaitkan dengan isu berkenaan dan mahu soalan itu ditujukan kepada ahli PAS sahaja.

“Saya parti lain. Itu tanya orang PAS.

“Saya tidak tahu apa-apa mengenainya sebab saya bukan lagi bersama PAS,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr Hatta berkata demikian ketika mengulas mengenai permintaan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob yang memintanya merujuk ke Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan dalam isu baiah talak tiga yang dilafazkan pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Jelas Ahmad, lafaz taklik yang dibuat Dr Hatta itu  terpakai, sekali gus menganggap hubungannya dengan isterinya terbatal.

Dr Hatta yang juga Ahli Jawatankuasa Tertinggi GHB sebelum ini dilaporkan enggan mengulas lanjut berhubung isu sumpah cerai talak tiga membabitkan ahli PAS yang menyertai parti lain.

—————
Komen ana mudah sahaja, ini isu yang melibatkan hukum dan integriti institusi perkahwinan. Bukan perkara main-main. Kalangan orang GHB kena tahu, jika salah hantar mesej, mereka benarkan zina dan bersekedudukan. Naudzubillah.
Jangan buat main Sheikh. Ini sumpah enta. Bukan dengan jamaah. Tetapi dengan Allah SWT. Enta mungkin kata, enta tidak maksudkan apa yang enta lafaz. Tapi Allah SWT mendengar sheikh.
Jangan jadi munafik dengan janji kepada Allah SWT.
Ana terus terang, ana suka Dr Hatta. Tapi dalam perkara hukum, ana pegang kepada hukum dan peraturan. Jangan ikut hati sendiri.
Enta ada anak pinak. Fikir panjang. Maruah keluarga enta ada di sini. Jangan ikut hati sheikh.