DALAM al-Quran digambarkan bahawa sebarang krisis yang melanda sesebuah negara adalah cerminan kepada apa yang telah dilakukan sama ada oleh rakyat mahupun pemimpinnya di masa lalu.

(ini kira nak balun Mahathir lah ni)

Dalam perspektif teologi Islam, perkara ini disebut sebagai sunnatullah iaitu ketentuan Allah yang berkait rapat dengan hukum sebab akibat. Manusia melakukan perkara negatif, maka manusia juga yang akan menerima padahnya. Hukum ini berlaku pasti kepada semua makhluk-Nya tanpa terkecuali.

Hari ini kita berdepan dengan beberapa rangkaian peristiwa yang cukup merimaskan seperti kejatuhan matawang ringgit, kelembapan ekonomi dan pertelingkahan politik. Rentetan kejadian ini, jika tidak di­urus dengan betul dan bijaksana akan membawa impak yang boleh meranapkan negara dan pada ak­hirnya rakyat juga yang menerima tempias terburuknya.

(Memang sedang nak ranap pun)

Apa yang berlaku pada hari ini pada hakikatnya adalah pilihan kita sendiri dalam menentukan perjalanan kehidupan kita. Ia adalah risiko daripada apa yang kita kerjakan pada masa lalu. Ini bermakna, situasi krisis – kalau betul ini dikatakan krisis- yang terjadi adalah proses panjang yang dilakukan oleh pemimpin dan rakyat di masa lalu.

(Nak kenakan Mahathir lagi)

Krisis yang berlaku ini digambarkan dalam al-Quran dikategorikan sebagai turunnya azab yang me­nimpa kepada manusia yang kufur terhadap nikmat Allah.

Dalam kalamnya Allah berfirman yang bermaksud “ Apabila kamu bersyukur nescaya akan ku tambah nikmat yang ku berikan kepadamu, namun apabila kamu kufur, nikmat itu akan berubah menjadi azab yang amat pedih” (Surah Ibrahim ayat 7).

Bersyukur bermakna memanfaatkan segala pemberian Allah atas kapasiti kita sebagai khalifah Allah di muka bumi dan menjayakan misi tersebut dengan amanah dan bertanggungjawab.

Sebagai khalifah, manusia memikul amanah mengurus bumi dan segala isinya dengan sebaik-baiknya sehingga dapat mendatangkan rahmat kepada seluruh isi jagat alam raya ini. Disebabkan matlamatnya adalah memperoleh kerahmatan, maka bersyukur bererti menggunakan semua anugerah Allah dengan cara apa jua bagi mewujudkan kebaikan untuk semua.

Dalam kosa kata Arab, orang yang bersyukur disebut sebagai syakir. Lawan katanya adalah kufur yang bermakna tidak menerima atau menentang. Secara umum istilah kufur diertikan sebagai lawan perkataan iman. Bersyukur juga bermakna menjaga dan mengawal diri daripada sikap dan perilaku jahat dan negatif. Apabila ada manusia yang berbuat jahat dan melanggar perintah agama ia dikira kufur.

Begitu juga apabila ada pemimpin yang tidak amanah, integri­tinya musnah, melakukan rasuah dan tidak mampu untuk berbuat kebaikan dan ke­sejahteraan kepada rakyatnya, pada hakikatnya ia adalah pemimpin yang kufur.

(Fuhhhh…..ini nak balun siapa ni?)

Nikmat yang Allah berikan digunakan bukan untuk menjalankan fungsinya sebagai khalifah Allah, sebaliknya khalifah yang dipertanggungjawabkan digunakan untuk memenuhi hajat nafsu serakahnya. Amanah yang dipikul yang sepatutnya untuk mewujudkan rahma­tan lil alamin, oleh pemimpin kufur hanya dijalankan untuk mengaut kepentingan diri peribadi dan puaknya.

Perkara ini turut disentuh oleh Imam al-Ghazali yang menyatakan bahawa apabila pemimpin diberikan kenikmatan dengan memimpin sesebuah negara, akan tetapi pada realitinya ia mempraktikkan kezaliman kerana tunduk kepada hawa nafsunya, maka sesungguhnya pemimpin itu jatuh sebagai musuh Allah.

(Fuhh…..ini nak balun siapa ni?)

Al-Ghazali memberi amaran ba­ha­wa kepimpinan atau yang di­se­butnya sebagai al-wilayah akan me­nemui bahayanya apabila pemimpin tidak amanah dan tidak berupaya dalam menciptakan kemaslahatan untuk orang ramai.

Bila seseorang pemimpin menjadi musuh Allah, ia akan menimbulkan bahaya besar kepada rakyat dan negara sebagaimana peringatan Rasulullah SAW iaitu seseorang pe­mimpin perlu memberikan perhatian kepada tiga perkara: Apabila rakyat memerlukan belas kasihan, maka para pemimpin wajib memberikan perhatian yang sewajarnya; apabila menjatuhkan sesuatu hukuman, hukumlah mereka secara adil; dan, 

melaksanakan apa yang telah dijanjikan (tidak mungkir janji).

Janji dicapati???

Hakikatnya, perlu disedari bahawa pemimpin itu adalah cerminan dari masyarakat yang menghasilkan pemimpin tersebut. Dari masyarakat yang bertamadun, berbudi bahasa dan demokratik maka akan muncul seorang pemimpin yang baik dan demokratik. Sebaliknya, apabila sesebuah masyarakat itu ‘sakit’ dan terbelakang maka akan muncul pemimpin yang authoritarian dan tidak demokratik.

Di pihak lain, patut diakui pemimpin juga pencetus dan pembentuk corak budaya masyarakatnya. Apabila pemimpinnya adil, amanah, berintegriti dan bijaksana maka rakyat yang dipimpinnya akan menjadi masyarakat yang adil dan patuh kepada undang-undang.

Pemimpin adalah teladan dan contoh bagi rakyatnya. Apabila se­­orang pemimpin itu bersikap munafik, tidak jujur, berbohong dan korup, maka rakyat yang dipimpinnya akan meniru perkara yang sama. Jadi antara pemimpin dan rakyat adalah entiti yang saling mempengaruhi. Pemimpin yang kufur dan tidak amanah akan menghasilkan rakyat yang sama.

Kejujuran menjadi teras penting kepada seorang pemimpin. Tanpa kejujuran, kepimpinan ibarat bangunan tanpa tapak. Dilihat daripada luar, ia nampak megah dan kukuh namun sesungguhnya ia amat rapuh dan tidak boleh bertahan lama. Pemimpin yang tidak jujur dan suka menipu rakyatnya oleh Allah diharamkan menjejakkan kakinya di syur­ga. Amaran ini dirakamkan dalam hadis Nabi yang bermaksud:

Abu Ja’la (Ma’qil) bin Jasar r.a berkata: “Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: tiada seorang yang diamanahkan oleh Allah memimpin rakyat kemudian ketika ia mati ia masih menipu rakyatnya, melainkan pasti Allah mengharamkan baginya syurga. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Namun demikian, patut kiranya dinyatakan bahawa kejujuran itu harus dimiliki oleh semuanya, bukan hanya seorang pemimpin. Dalam sebuah negara atau organisasi, semua komponen perlu memiliki kejujuran. Dari kakitangan yang pa­ling bawah seperti tukang bersih tandas, kerani, pegawai kanan sehingga peringkat yang paling tinggi mesti mempunyai nilai-nilai kejujuran. Tidak sedikit, dalam sebuah organi­sasi ada pihak yang jujur, namun ada juga pihak yang tidak jujur. Apabila pemimpin yang tertinggi jujur namun pegawai bawahannya tidak jujur, maka ke­pimpinan itu rapuh. Begitu juga sebaliknya. Organisasi atau negara yang dipimpinnya pun terdedah dengan kemusnahan.

Hadis di atas turut memberi penekanan kepada pentingnya seorang pemimpin memberi contoh dan teladan yang baik kepada pihak-pihak yang dipimpinnya. Teladan dan contoh yang baik ini perlu diterjemahkan dalam keputusan dan dasar yang pada prinsipnya tidak melukai atau menipu rakyat. Apabila seorang pemimpin sanggup menipu rakyat dan melukai hati rakyat, Allah membalasnya dengan mengharamkan pemimpin itu menikmati syurga.

Meskipun hukuman ini nampak ‘kurang kejam’, kerana hukuman itu hanya berlaku di akhirat dan ‘tidak wujud’ hukuman di dunia, namun sebenarnya ungkapan ‘haram masuk syurga’ dalam hadis di atas mencerminkan betapa murkanya Allah terhadap pemimpin yang tidak jujur dan suka menipu rakyat. Na­uzubillahi min dzalik.

PENULIS ialah Pengerusi Tetap Yayasan Sumber Maklumat