Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui membeli kenderaan pacuan 4 roda Range Rover bernilai RM200,000 selepas dakwaan beliau memiliki beberapa kenderaan berdaftar atas namanya tersebar di laman sosial Facebook dan WhatsApp, lapor Harakahdaily.

Namun naib presiden PAS itu berkata, Range Rover tersebut dibelinya dengan harga di bawah pasaran kerana ia kereta terpakai (second hand).

“Ada kawan menawarkan RM200,000 sedangkan harga pasaran bagi kenderaan baharu sekitar RM300,000,” katanya seperti dilaporkan portal milik PAS itu.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob juga didakwa membina 5 rumah banglo untuk anaknya yang bernilai RM2 juta, namun dinafikan Setiausaha Akhbar Mohd Asri Mat Daud.

Asri sebagaimana dilaporkan lidah rasmi PAS itu berkata, dakwaan itu tidak berasas memandangkan rumah terbabit dibina sendiri anak Ahmad melalui skim pinjaman perumahan.

“Mereka yang mengurus dan membayar pinjaman tersebut. Ia tiada kaitan langsung dengan bantuan kewangan sehingga RM2 juta,” katanya.

Katanya, dakwaan itu tidak bertanggungjawab dan merupakan fitnah berat terhadap menteri besar memandangkan perkara itu tidak wujud.

“Mereka cuba menggambarkan menteri besar seorang yang boros. Hakikatnya, beliau meneruskan sikap kesederhanaan seperti Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat).

************************

Berhati-hatilah dengan semakin banyaknya fitnah untuk pimpinan Pas semenjak beberapa hari ini. Makin banyak. Kisah dalam kelambu, dalam seluar, dalam spenda semua akan keluar ni.
Inilah payahnya bila kita dah berpecah. Selagi boleh, kita akan buka pekong yang ada. Sampai tak ada tempat lagi nak simpan.
Tak ada salahnya, pada ana, TMB Kelantan kalau nak beli Bentley sekalipun. Asal dia mampu. Nik Amar bukan terus jadi alim ulama’. Dia lama bekerja di UIA. Ada side business lain. Apa salahnya.
Sebab itu, janganlah kita buka fitnah bodoh. Nanti malu diri sendiri.
Advertisements