Akhirnya, apa yang ditunggu-tunggu telahpun terlaksana. Secara rasmi, akan ada kawan-kawan kita yang akan tubuhkan parti baru, hanya kerana kecewa sebab tewas dalam pemilihan. Bayangkan, kalau dari dulu semua kawan-kawan buat perangani macam ini, rasanya sudah ada dekat 30 parti serpihan Pas.

Kita ucap tahniah kerana langkah mereka nampak macam berani. Walaupun sumbang. Sumbang kerana mereka tidak disiplin dalam perjuangan. Cepat melatah dan kelabu mata dengan tawaran kewangan.

Pada ana, ini bukan soal prinsip dan idealisme. Ini semua cerita tak puas hati dan hendakkan jawatan.

Apakah mereka puas hati selepas letakkan Pas dalam keadaan serba salah? Seronok?

Kita harap mereka istiqamah dengan perjuangan baru. Jangan nanti ada yang keluar juga kerana tak puas hati. Payah kalau macam itu.

Pada ana, apa yang terjadi ini memutuskan sama sekali persahabatan. Sama sekali.

Penasihat Umum : Ustaz Ahmad Awang

Pengerusi : Hj Mohammad Sabu

Timbalan Pengerusi : Hj Salahuddin Ayub

Naib Pengerusi :
Dato’ Dr Mujahid Yusof

Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus

Ketua Wanita : Dr Mariah Mahmud

Ketua Pemuda : Mohd Sany Hamzan

Setiausaha : Mohd Anuar Tahir

Timb. Setiausaha : Abang Ahmad Kardee Abang Masagus

Bendahari : Hj Asmuni Awi

Setiausaha Organisasi : Suhaizan Kaiat

Ahli Jawatankuasa :

Dr Mohd Hatta Ramli
Ir Khalid Samad
Ir Izham Jashim
Hj Adly Zahari
Raj Munni Sabu @ Aiman Athirah Al Jundi
Dato Seri Muhammad Nizar Jamaluddin
Mazlan Aliman
Aminolhuda Hassan
Mohd Hanipa Maidin
Dato’ Fakhrulrazi Zawawi
Saari Sungib
Zulkifli Mohd Omar
Hu Pang Chaw
Dato Wan Abd Rahim Abdullah
Hasnul Baharuddin