“Mungkin ada kewajaran untuk meneliti dan menimbang kembali perkara ini. Buat masa ini, sistem politik dan pilihan raya adalah tidak adil buat ADUN atau MP yang meletak jawatan kerana mereka tidak dapat bertanding semula selama lima tahun,” katanya.

GHB akan mengumumkan penubuhan parti Islam baru pada 31 Ogos ini. Dilaporkan parti itu bakal dikenali Parti Amanah Rakyat.

Dr Dzulkefly mengulas gesaan Hadi supaya anggota parlimen dan ADUN PAS yang bertindak menyertai parti lain perlu mengosongkan kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum lalu.

MP Marang itu berkata tindakan tersebut perlu kerana mereka telah berbaiah semana menerima tawaran bertanding menjadi wakil rakyat, lapor Mingguan Malaysia hari ini.

————-
Ini cakap orang tak tahu malu. Tak sedar diri bahawa awak selama ini didokong oleh jentera dan kekuatan parti. Baru sekarang cakap soal keadilan?
Apakah adil bila mereka belasah parti sendiri dan khianat kepada perjuangan dan baiah?
Jangan ambil pendirian yang mementingkan diri sendiri. Matanglah sedikit. Sudah dimaki hamun parti Pas bagai nak rak, masih lagi mahu pegang jawatang yang diperoleh melalui lambang dan jentera Pas? Ini kebodohan yang melampau.
Soal tak boleh bertanding 5 tahun itu isu peribadi. Bukan parti. Awak diletakkan parti, bukan atas nama sendiri. Ingat tu.
Payah kalau orang bodoh tapi berlagak pandai.