Katanya, konpem 31 Ogos ini akan tertubuhnya sebuah parti Islam sederhana, wasatiyyah bernama PAR – Parti Amanah Rakyat. Tak tahu siapa sponsor, tapi katanya memang mendapat sumber daripada rakan-rakan lama. Arab Saudi juga? Kalau Arab, mahunya parti ini dapat kolek bilion-bilion.
Mula-mula, nama Parti Amanah Nasional (PAN) menjadi pilihan. Tapi Presiden baru tak setuju. Dia takut nanti orang buat lawak, Presiden PAN memang kaki PAN@@@. Dia dah boleh agak orang akan buat macam itu.
Sebab itu tukar nama kepada PAR. Parti Amanah Rakyat.
PAN dikatakan mirip sebuah parti di Indonesia. Parti Amanat Nasional, pada PEMILU 2014, mencatatkan angka sokongan yang agak baik. 7.59 % (dengan hampir 10 juta undi).
Ada cadangan kalangan GHB, untuk Mat Sabu menggunakan PAN sebagai asas sokongan politik. Nampak kemas, ada kerjasama antara Malaysia dan Indonesia. Tetapi usul itu ditolak kerana tidak dipersetujui DAP.
DAP tak mahu PAR ada imej Islam yang berlebihan. Mesti tengah-tengah. Tak Islam sangat. Tak liberal sangat. Yang penting dapat undi Melayu.
Mat Sabu dikatakan akan diminta bertanding di Kuala Lumpur atau Selangor. Satu Parlimen di KL, satu DUN di Selangor. DAP akan berikan ruang untuk itu. Gunakan nama PAR, tapi bekerja untuk DAP.
Kita harap kawan-kawan dalam PAR dapat letakkan jawatan sebagai wakil rakyat dan peroleh mandat baru.
Jangan cerita banyak. Kita tanding dalam gelanggang.
Kalau tak letak jawatan, tanda pengecut lah tu.