Ana pun pelik dengan keputusan kawan-kawan kita di bawah. Dah kena maki. Dah kena perli. Dah kena halau. Dah kena balun. Dah kena caci. Dah kena kencing. Masih lagi nak buat Rumah Terbuka secara bersama dengan DAP dan PKR.
Pada ana, ini jenis ahli yang tolol dan tidak pandai mendengar kata. Jenis nak tunjuk lagak diri sendiri, kononnya hebat dan terbuka. Kononnya tak mahu terlibat dengan komplot dan masalah politik nasional.
Bayangkan, boleh pula PAS Subang kerjasama dengan R Sivarasa, mat yang banyak balun Pas, kiri dan kanan.
Ini kegilaan apa? Kebodohan apa?
Pada ana, Ahli Majlis MBSA (Pas) ini patut segera bertaubat. Tak elok rasanya bertudung labuh, tapi tak mahu menjaga disiplin jemaah. Siapa anda nak buat keputusan sendiri.
Pada ana, inilah jenis manusia yang tak sayangkan parti.
Parti kena caci. Kena maki. Dia tetap sahaja senyum sebab bangga muka sendiri ada dalam banner dan bunting. Besarkan diri sendiri.
Pada ana, mesti ada arahan, tak boleh buat rumah terbuka secara bersama. Sebab Anwar ibrahim sendiri dah kata, Pas tak ada dalam perancangan politik Pakatan yang baru.
Kita masih nak sendu dan makan duit haram?
Ini semua kerja bodoh.