Apa itu Rasuah?

Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun.

Sebagai contoh, seorang kontraktor telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada seorang pegawai kerajaan kerana telah meluluskan projek kepada syarikat milik kontraktor berkenaan.

Berdasarkan

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM 2009) (Akta 694),

terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu:

  1. Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) ASPRM 2009]
  2. Menawar/Memberi suapan [seksyen 17(b) ASPRM 2009]
  3. Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 ASPRM 2009]
  4. Menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai badan awam [Seksyen 23 ASPRM 2009]

Gagal Melapor :-

  1. Gagal melapor pemberian, janji atau tawaran rasuah

    Seksyen 25 (1) dan (2) Akta SPRM 2009

    DENDA : Tidak lebih RM100,000  
    PENJARA : Tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali

  2. Gagal melapor permintaan atau memperoleh suapan

    Seksyen 25 (3) dan (4) Akta SPRM 2009

    DENDA : Tidak lebih RM10,000 

    PENJARA : Tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali

Rasuah dalam Islam

“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” Al-Baqarah: 188

Dalil dari hadis Nabi SAW tentang rasuah :
Dari Ai’syah r.a., katanya: “Rasulullah S.A.W. melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.”  HR al-Bazzar & Abu Ya’la

 
Fikir-fikirkan. Selamat beramal.