Pada ana, Najib patut buat satu lagi tindakan penyudah, selepas rombakan kabinet. Najib kena betul-betul deal dengan kita tentang pru14. Barulah kita boleh sama-sama jahanamkan politik PKR dan DAP.
Bukan sebab kita suka sangat dengan Najib. Tapi demi kepentingan agama, kita rasa itulah jalan yang paling wajar dan tepat. Jangan tangguh-tangguh.
Ana dimaklumkan, dana tambahan sudah dimasukkan ke dalam akaun Yayasan Nassar (milik Nasharuddin Mat Isa). Yayasan Nassar akan jadi broker kepada kesatuan UMNO dan PAS. Besar pahala kalau betul jadi.
Memang Yayasan Nassar sudah berusaha lama. Banyak duit yang dah diberikan. Tapi biasalah, kena tengok tempat dan waktu yang sesuai.
Kesatuan UMNO dan PAS elok berlaku sekarang supaya rakyat dapat faham bahawa kita memang pentingkan Islam berbanding masa depan politik.
DAP, GHB, PKR, ABIM, IKRAM mesti diajar cara main politik. Bukan setakat kutuk-kutuk ikut suka.