Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan meneruskan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) biarpun telah digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam barisan Kabinet baharu yang diumumkan semalam.

Beliau berkata, sebagai ahli parti yang bertanggungjawab, tugas tersebut perlu dipikul dengan sebaik-baiknya demi masa depan parti dan negara.

“Sebagai Timbalan Presiden parti, saya ada amanah dan tanggungjawab yang harus saya pikul dengan sebaik-baiknya, jika saya gagal laksanakan tugas itu bermakna saya pecah amanah yang diberikan.

“Walaupun digugurkan dalam barisan Kabinet, sebagai seorang Islam saya terima dan tidak boleh menolak. Saya terima dengan hati terbuka dan tidak pernah menyesal dengan apa yang berlaku terhadap saya kerana apa yang saya nyatakan adalah hak dan benar,” katanya dalam sidang akhbar khas di kedimana beliau di sini hari ini.

Mat Sabu

Tergamak betul bekas Timbalan Presiden PAS Mat Sabu, hingga sanggup menganggap PAS sebagai sebuah parti tidak berakhlak.

Dalam himpunan otai-otai reformasi bertempat di Restoran Amjal di Lembah Pantai yang berlansung Ahad lepas, Mat Sabu membuat ikrar bahawa perjuangannya selepas ini adalah membawa akidah seiring dengan akhlak.

Berdasarkan pengalaman atas kekalahannya dalam saingan Timbalan Presiden PAS, kemungkinan beliau nampak dengan suasana tersebut di dalam PAS dan berazam untuk memperbetulkan keadaan.

***************

Inilah beza adab pemimpin yang ada akhlak ahlus sunnah wal-jamaah dan seorang yang ……

Beza. Anak agamawan lama, boleh bezakan antara disiplin parti dan kehendak peribadi. Dalam parti kita, depa lanyak semacam.

Banyak yang puak GHB boleh belajar daripada Muhyiddin. Adab sebagai pemimpin dan pengikut. Bukan main ikut suka hentam orang.