Astaghfirullahaladzim. Astaghfirullahaladzim. Astaghfirullahaladzim.
Kita istighfar dulu lah sebelum tengok apa yang berlaku dalam negara kita. Hari ini, katanya akan ada rompakan…eh rombakan kabinet. Besar-besaran katanya. Termasuk membuang seorang Timbalan Perdana Menteri.
Kita ucap tahniah kepada UMNO kerana sudah dengan rasminya mempercepatkan kelumpuhan umno secara total. Apa yang kita tunggu-tunggu, sudah terjadi.
Kali ini, kita harap Muhyiddin tidak sorang-sorang dalam berdepan dengan dugaan ini. Dugaan ini besar. Muhyiddin, hampir keseluruhan hidupnya berada di puncak kuasa. Sekali tersasar, rasanya mahu makan dalam.
Kita harap adalah dua-tiga puluh orang kuat UMNO yang mempertahan Muhyiddin dalam keadaan begini. Jangan biar dia sorang-sorang. Gila isim nanti.
Ini semua membayangkan bahawa umno/bn dah semakin bosan dengan kuasa. Mereka tak peduli dah kawan dan sahabat. Mereka balun sama sendiri.
Kita yang dalam Pas mesti ambil ini sebagai iktibar. Jangan buat benda yang sama. Kena jaga hati kawan-kawan. Jangan belasah ikut suka.
Kita akan tengok samada Muhyiddin jiwa pejuang, atau hanya tunduk layu kekalahan. Kita sama-sama tengok.
Kalau Muhyiddin nak masuk Pas, ana rasa barulah kita ada kekuatan di Johor. Baru kena, anak Ustaz hebat Johor memandu Pas di Selatan tanah air.
Luaskan Kuasamu Muhyiddin!!!
Luasakan Kuasamu Bersama PAS!!!