Tiga wakil rakyat Pas di Se langor hari ini mengesahkan akan menyertai parti baharu yang akan ditubuhkan oleh Gerakan Harapan Baru (GHB) pada 14 September ini.

Ketiga-tiga mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib, Hasnul Baharuddin; ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan Ahli Parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud.

Keputusan Hasnul dan Saari dijangka meletakkan pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah teraju PKR berada dalam keadaan tidak menentu. Ini memandangkan tindakan mereka akan mengurangkan jumlah kerusi Pas di dalam DUN dari 15 kepada 13 kerusi. DAP pula menguasai 15 kerusi manakala PKR 13 kerusi.

Hasnul yang digantung keahliannya berkata, keputusan itu diambil atas alasan Pas telah berpatah balik ke belakang apabila meminggirkan dan membuang pemimpin berwibawa yang membawa parti itu maju ke hadapan dan menjadikan perbezaan pendapat sebagai satu kesalahan.

“Keluar Pas bukan satu keputusan yang mudah sebenarnya kerana saya telah lama dengan parti itu dan saya tidak bencikan Pas tetapi saya perlukan wadah lebih baik. Kalau satu, dua orang keluar bolehlah dianggap parti sebagai kecewa tetapi ini melibatkan ramai orang serta mendapat sokongan dan saya percaya ada lagi ahli Pas lain yang mengambil sikap tunggu dan lihat.

***************************************
Ini semua kerja orang sombong dan tak sedar diri. Waktu miskin dan dihina orang, bukan main lagi mulut manis bercakap mengenai jamaah. Ana hanya alat jamaah. Ana bersama PAS sehingga akhir ayat. Ana akan dokong Pas sampai bila-bila.
Ini cerita apa? Baru ada monyet nak buat GHB, mereka pun turut melompat. Kononnya yakin dengan kekuatan diri sendiri.
Kita cabar mereka LETAK JAWATAN dan bertanding semula di atas tiket GHB. Nak cantik lagi, bertanding guna bendera DAP. Tengok sejauh mana mereka boleh menang.
Saari Sungib menang lebih 2000 undi, sebab BN bodoh letak Calon tua yang muak dan tak ada masa depan. Bolehlah menang 2000 undi.
Hasnul menang 766 undi. Pun lawan calon sangap Hasiman Sidom.
Yang kuat sikit Dr Mariah.
Kita cabar mereka letak jawatan dan tanding semula. Nak tengok langit tinggi ke rendah.