“Tuduhan begitu perkara biasa. Tetapi sehingga sekarang, kami tidak pernah menerima satu sen pun dari DAP. Banyak kedekut ini DAP.

“Kami gunakan dana sendiri untuk program kami,” katanya kepada pemberita selepas ceramah GHB di Kangar, Perlis, malam tadi.

Minggu lepas, bekas setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali mendakwa, GHB hanya berperanan sebagai proksi DAP.

Kumpulan yang masih menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan itu ditubuhkan bekas pemimpin PAS progresif, juga merancang menubuhkan sebuah parti Islam baharu.

Katanya, GHB yang dilancarkan Isnin 13 Julai lalu, tidak akan mendapat kepercayaan orang Melayu atau sokongan majoriti ahli PAS.

Wujud pergeseran ketika ini antara PAS, yang kini dikuasai sepenuhnya oleh ulama, dan DAP.

DAP sangat kritikal terhadap agenda hudud PAS dan ia menyebabkan PAS memutuskan hubungan dengan parti sekular itu, menyebabkan gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) terkubur.

——————

 
Hahahahaha. Hahahaha. Lawak Mat Syiah Belaan DAP ini bila bercakap mengenai tabung sendiri. Sejak bila Mat Sabu belanja duit sendiri untuk parti? Kalau akar umbi minta duit, tak pernahnya dapat. Semanjangnya tak ada duit.
 
Abang Mat memang tak pernah dapat cek daripada DAP. Semua tunai. Bank ini melalui akaun pegawai khas. Bukan akaun peribadi. Jumlah yang besar.
 
Dana permulaan GHB pun katanya jejak RM1 juta. Mesti ada di setiap negeri. Janganlah bermain dengan penipuan yang busuk dan hanyir macam itu. Tak seronok. 
 
Terus terang, DAP jadi penaja. Kan mudah. Tak perlu nak sorok-sorok.