Pada ana, hari ini adalah hari paling sedih dalam sejarah Pas. Sekumpulan ahli yang menganggap diri mereka lebih besar daripada jamaah dan parti buat keputusan untuk wujudkan kumpulan baru. Dapat bantuan dan tajaan besar pihak luar.
Pada ana, ini semua kerja iblis yang masih wujud walaupun dalam bulan ramadhan. Iblis yang merosakkan perpecahan sesama umat, dan meletakkan kepentingan diri mereka lebih tinggi dan aula.
Ana nak katakan ini sahaja, bukan tak pernah orang lain kalah. Dr Nik Amar biasa kalah. Tuan Ibrahim biasa kalah. Tapi mereka tidak keluar jamaah dan tubuh gerakan sendiri. Ini yang ana katakan sebagai musuh dalam selimut.
Selama ini mereka bergelumang dengan kita, solat dengan kita, ketawa menangis dengan kita, rupanya mereka hanya mahu undi dan tempat. Bila mereka gagal dapat tempat, mereka lompat.
Ana nak usulkan, agar semua yang terlibat dengan GHB ini dipecat serta merta daripada parti.
Fasal 15 Perlembagaan Pas sebut pasal keberhentian ahli. Pada ana, elok kita pakai dan pecat semuanya. Jangan sampai jadi barah. GHB ini satu usaha yang tidak selari dengan parti. Wajib pecat dan buang mereka.
  • Keberhentian ahli ialah disebabkan:
  •          Permintaan sendiri
    1. Dipecat
    2. Mengisytihar diri keluar PAS atau menyertai parti politik lain.
  • Seseorang ahli bolehlah memaklumkan keberhentiannya daripada menjadi ahli dengan bersurat kepada Setiausaha Agung, dan sesudah dimaklumkan kepada Jawatankuasa Harian PAS Pusat, maka Setiausaha Agung hendaklah memberitahu keberhentian ahli yang berkenaan itu kepada PAS Kawasan yang bersangkutan beserta salinannya kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Pesuruhjaya-pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan.
    1. Pemecatan seseorang ahli itu bolehlah dilakukan apabila terbukti ianya telah melanggar Perlembagaan PAS, Aturan dan Peraturan serta arahan-arahan, dan keputusan-keputusan parti, atau telah melakukan sebarang perbuatan yang berlawanan dengan kepentingan parti atau menyalahi tatatertib parti.
    2. PAS kawasan dan/atau Perhubungan-perhubungan negeri bolehlah mengemukakan cadangan untuk memecat seseorang ahli kepada Setiausaha Agung bagi dipertimbangkan dan diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib PAS.
    3. Seseorang ahli PAS yang terlucut kewarganegaraannya maka dengan sendirinya ia terlucut daripada menjadi ahli PAS.
    4. Kecuali ahli yang dipecat mengikut Fasal 82(9), seseorang ahli yang dipecat daripada menjadi ahli PAS, bolehlah mengemukakan rayuannya kepada Setiausaha Agung untuk dibawa ke dalam pertimbangan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan syarat rayuan itu hendaklah dibuat dalam tempoh tidak lewat dari tiga puluh hari dari tarikh pemecatannya.
    5. Seseorang ahli yang dipecat daripada menjadi ahli PAS mengikut Fasal 82(9), bolehlah mengemukakan rayuannya terus kepada Setiausaha Majlis Syura ‘Ulamak untuk dibawa ke dalam pertimbangan Majlis Syura ‘Ulamak dengan syarat rayuan itu hendaklah dibuat dalam tempoh tiga puluh hari daripada tarikh pemecatannya oleh Jawatankuasa PAS Pusat.
    6. Seseorang ahli itu boleh dikenakan tindakan pemecatannya jika ia tidak menafikan secara bertulis kepada Setiausaha Agung akan sebarang maklumat, khabar atau berita mengenai pengisytiharan dirinya keluar PAS atau menyertai parti politik lain dalam tempoh tiga puluh hari dan tarikh surat meminta penjelasan kerananya daripada Setiausaha Agung ke alamat terakhir ahli yang berkenaan diketahui.