Kumpulan progresif dalam PAS – yang kini digelar Gerakan Harapan Baru – bersama rakan dalam DAP dan PKR akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di Perlis pada hari raya ketiga untuk memulakan momentum ke arah entiti pembangkang baru.

Perhimpunan tersebut dijangka menampilkan bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan pemimpin progresif lain yang tewas dalam pemilihan muktamar parti itu di Selangor awal Jun lalu.

Hampir semua pemimpin progresif – kecuali Mazlan Aliman – gagal mendapat tempat dalam Jawatankuasa Pusat PAS serta sayap parti itu.

“Janji untuk membentuk gabungan baru adalah realiti, bukan angan-angan,” katanya  ketika ditemui selepas menghadiri perbicaraan di Butterworth, Pulau Pinang hari ini.

Menurut Mohamad, mereka akan mengadakan jelajah ke setiap negeri untuk menjelaskan kepada rakyat mengapa gabungan ini penting dan perlu.

“Kita juga akan jelaskan bagaimana bentuk gabungan itu nanti,” katanya.

*************************
Ana ucap tahniah kepada komunis DAP (Guan Eng dan Kit Siang) yang berjaya yakinkan puak kalah dalam Pas ini bergerak bersama mereka. Tugas mereka mudah. Dapatkan seberapa banyak undi Melayu untuk DAP.
Tour Hari Raya gerakan baru ini mendapat bajet yang besar. RM75 seribu setiap negeri. Anjur majlis aidilfitri dan dapatkan sokongan pengundi Melayu. Tak payah cerita lain.
Pada ana, gerakan ini akan hancurkan kita dari dalam. Mereka dapat gaji dan elaun untuk hancurkan Pas.
Strategi DAP berjaya. Kita yang tertekan. 
 
Ana cadang, alang-alang mereka dah sabotaj parti. Pecat dan keluarkan mereka daripada Pas.