Sebarang tuduhan dan dakwaan salah laku yang dilemparkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berasas dan dikemukakan saksi.

Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Najib bukannya malaikat tetapi manusia biasa dan tuduhan yang dilemparkan mestilah dikemukakan saksi yang mengesahkan dakwaan itu.

“Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas Najib, kena ada saksi juga…saksi yang adil.

“Kita ikut asas Islam, sikap yang baik kita sokong, yang tidak baik kita tentang,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat terawih di majlis ‘Madinah Ramadhan’ di sini malam tadi.

Abdul Hadi diminta mengulas mengenai kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din pada Ahad yang dilihat mempertahankan Perdana Menteri daripada skandal terkini susulan pendedahan Wall Street Journal (WSJ) mengenai aliran wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi beliau.

**********
– Semalam Mursyidul Am, hari ini, Presiden pula seakan-akannya mempertahan Najib. Ana yang setia kepada perjuangan, akan ikut sahaja apa yang dikatakan para ulama’.
 
– Bab Najib bukan Nabi ini kita semua tahu. 
 
– Dalam undang-undang Islam, ada perkara yang dipanggil sebagai darjah pembuktian. 
 
(a) Yakin : 100 %
(b) Zan al-ghalib (besar kemungkinan/ berat sangka / tanpa keraguan yang munasabah): 90-99 %
(c) Zan (pertimbangan kemungkinan) : 51 – 89 %
(d) Syak : 50 %
(e) Waham : bawah 49 %
 
Ana nak tanya orang Pas, dalam kes Najib/1MDB/Jho Low/WSJ – apa darjah ke[ercayaan kita kepada isu ini. Apakah kita Yakin kes ini benar?