Ana setuju sangat dengan pelantikan Dr Idris sebagai Pengerusi HARAKAH yang baru, di samping Mustaffa Ali sebagai Penasihat. Katanya gaji Penasihat pun tak kurang daripada Pengerusi. Rezeki.
Cumanya, ana harap sangat, Pengerusi HARAKAH jadi seorang yang bijak dan cekap wujudkan jaringan dengan media sedia ada.
Ana cadang, Harakah kerjasama rapat dengan pemilik The Edge, Tong Kooi Ong – untuk menjadikan akhbar kita ini lebih friendly kepada orang cina. Jangan harap stail lama.
Harakah kena bentuk jalinan dengan Malaysiakini, Malaysia Chronicle, Kinibiz dan mula dedahkan segala muntah rasuah yang ada dalam UMNO. Jangan bagi chance. Nak sedap lagi, segala rasuah dalam kerajaan negeri seperti Selangor pun kita balun sekali. Baru sedap.
Harakah tak boleh nak main safe. Politik kondom. Kalau perlu kita balun DAP, kita balun cukup-cukup. Depa balun kita pun dasat. Bukan kecik anak.
Bacul lah kita kalau tak balun DAP.