Ana puji dan sanjung kesungguhan Dewan Ulamak yang sudah mula menunjukkan taring, turun ke Bangunan MARA dan meminta siasatan menyeluruh dilakukan terhadap skandal pembelian Dudley House di Australia.
Memang ini pun yang kita tuntut dan mahukan, Dewan Ulamak yang tidak sahaja duduk di tikar sembahyang, beriktikaf sepanjang masa. Dewan Ulamak mesti turun bersama ke dalam masyarakat. Jadi pejuang.
Sayangnya, bila Dewan Ulamak jadi pendekar, nampak pulak Pemuda kita semakin layu dan lembah lembut. Nampak pulak Ketua Pemuda kita yang senyum syahdu dan tidak berbuat apa-apa.
Ana nak ingatkan Pemuda Pas, mereka berdepan dengan puak syabab Pemuda UMNO yang gunakan duit pada setiap masa. Mereka beli undi rakyat. Perjuangan mereka tidak utuh. Ada duit hiduplah mereka. Tak ada duit. Jammed.
Kita kena tengok struktur politik Iran yang aktif membenarkan kumpulan Ulama’ menjadi pemimpin sebenar dalam masyarakat mereka. Bukan sekadar bagi pandangan, tapi jadi kumpulan pendesak.
Pada ana, ini perkembangan yang sangat positif. Ana rasa kalau terus dilakukan, termasuk dalam isu 1MDB dan PetroSaudi, lebih baik. Kalau boleh Dewan Ulamak hantar satu memorandum kepada PetroSaudi, minta mereka jelaskan hubungan mereka dengan 1MDB.
Dewan Ulamak Pas kena main antarabangsa sekarang ni. Jangan simpan kuku.