Ana puji langkah pimpinan Pas pusat yang dengan senang hati melantik beberapa orang kalangan puak progresif, anwarinas, liberal ke dalam AJK Pas Pusat. Pada ana, ini memang satu petanda kepimpinan ulama’ tidak menyisihkan mana-mana pihak.
Ana juga setuju, beberapa nama besar puak Anwarinas ditinggalkan terus. Mat Sabu, Dr Hatta, Khalid Samad – pada ana kumpulan Anwarinas totok yang tak perlu diberikan ruang waima seinci sekalipun. Yang dijemput ini pada ana, agak ok dan wajar diberikan tempat.
Mahfuz, contohnya, memang seorang yang vokal dan ada disiplin parti yang tinggi. Cakaplah apa pun pasal dia, jiwa Pas masih tegap.
Lagipun, kalau Mahfuz tak ada, ana rasa peranan YB kita di Parlimen akan jadi lemah. Dia seorang yang berani berdepan dengan Speaker dan BN. Cakap dan sindir dia pun pedas.
Mahfuz tak ada dalam grup Hawaii-Five O. Independent. Itu yang bagus.
Salahuddin, pada ana tak bernasib baik. Kalau kita menang Johor hari tu, sah dia jadi MB kita di Johor. Selesai masalah. Tapi soalnya asal tanding, kalah. Asal tanding, kalah. Letih juga.
Cuma ana tengok pelantikan Ketua Penerangan itu tak berapa padu lah. Macam ada kelemahan sedikit. Tak maju. Itu kena tengok balik lah.