Ana dimaklumkan, banyak ceramah-ceramah kita terpaksa dibatalkan saat akhir kerana tak ada orang nak dengar. Perkara ini berlaku di beberapa tempat, Negeri Sembilan, Melaka dan Muar. Ada ceramah yang datang hanya 8 orang, termasuk dua orang budak umur bawah 12 tahun.
Apa nak jadi kalau macam ini? Boleh ke kita kekal relevan dalam politik?
Ana risau juga, sebab nampak macam kita tak ada angin nak tarik sambutan daripada penyokong sendiri. Payah juga.
Nak dapat sambutan semula, kena ada penceramah kita yang berani maki hamun pemimpin negara. Baru dapat sambutan yang baik.
Masalahnya, kita semua geng ulama’. Bukan cara kita maki orang.
Macamana kita nak maki orang lain ni?
Kena maki bro. Kalau tak maki, orang tak datang.