Kadangkala, bila orang kalah dan kecewa bercakap, sudah bunyi macam orang tak betul. Mengomel sorang-sorang. Tiba-tiba geleng kepala. Tiba-tiba menangis. Kasihan pun ada. Ana dengar, seorang driver beritahu ana, Boss nya sentiasa lalu depan Pejabat Pas, walaupun tak ada urusan, kerana rindu jadi orang besar parti.
Itulah silapnya bila bercakap tak tengok kiri kanan. Anggap orang lain macam tak benar. Perkecilkan ulama’. Sudahnya jadi mereng.
Ana malas nak komen pasal PasMA yang sudah jadi macam gila talak. Buat muka macam orang hebat, tapi nak kumpul lima puluh orang pun payah. Macam itu nak menang pilihanraya?
Ana tak fikir DAP begitu bodoh untuk ambil barang reject untuk jadi kawan mereka. DAP ada standard. Nak berkawan mesti ada untung. Kalau setakat berkawan nak merosakkan imej mereka buat ke jadah apanya.
Pada ana, mereka patut duduk diam-diam dan fikir apa kesilapan. Muhasabah diri. Jangan salahkan orang lain.
Pada ana, DAP pun sangsi dengan kemampuan PasMa. Kalau betul DAP percaya PasMa boleh buat seperti Pas buat; dah lama DAP sign PasMa.
Ini tidak. Ada sahaja dolak dan dalik.
Ana kecewa bila pada tarikh yang sama dengan Himpunan Istiqamah, puak kecewa ini buat Himpunan Jasamu Dikenang di Bakri. Ini semua kerja bodoh. Merosak parti. Patut mereka datang Himpunan Istiqamah. Walau kena boo. Tapi hadir dan tunjukkan setia kepada ulama’. Lagi orang hormat.