Disebabkan hilang keyakinan dan kepercayaan kepada kepimpinan Pas baharu, 12 pemimpin dan ahli Pas kawasan Jelebu membuat keputusan keluar parti berkuat kuasa hari ini.

Malah, mereka menjangkakan selepas ini akan lebih ramai yang membuat keputusan sama disebabkan kecewa terutamanya dengan usul dibawa oleh Dewan Ulama baru-baru ini yang mahu memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP tanpa dibahaskan di dalam Muktamar.

Menerusi kenyataan yang dibaca oleh bekas Ketua Pemuda Pas kawasan Jelebu, Mohd Faizal Fadli Idrus, beliau berkata keputusan tersebut telah mengecewakan mereka serta semua penyokong PR.

“Keputusan ini sekaligus melenyapkan harapan rakyat untuk melihat tumbangkan rejim Umno/BN pada pilihan raya akan datang.

“Malah keputusan kepimpinan Pas pusat ini menyebabkan agenda membela rakyat yang dicanangkan selama ini semakin kabur dan hambar'”katanya.

Pemimpin lain kawasan itu yang meletakkan jawatan iaitu Pengarah Pilihan Raya Pas Jelebu, Saiful Bahru Jaaman, Setiausaha Pas Cawangan Ladang Jelebu, Maslan Mohamad Yusof dan Ketua Penerangan Pas Cawangan Geylang, Raniman A.Rani.

+++++++++++++++++++++++
Pada ana, ini semua bagus untuk parti kita. Jebon-jebon yang selama ini meminta duit, mengugut parti sudah mula meletakkan jawatan. Kononnya atas dasar hilang kepercayaan.
Nama-nama yang letak jawatan ini semua ahli PAS cari makan. Pandai cari kedudukan untuk kepentingan diri sendiri. Bila rasa bersalah, mulalah letak jawatan kerana kononnya kecewa.
Mana pergi disiplin dan kerjasama? Mana pergi tamrin dan latihan? Mana pergi iman dan kesetiaan?
Untuk puak2 ini, yang penting adalah masyuk dan duit. Kurang masyuk, merengek minta kedudukan.
Pada ana eloklah mereka ini letak jawatan. Tak membantu parti pun selama ini. Bantu poket dan kocek sendiri.