Mat Sabu
Bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengumumkan perletakan semua jawatannya di Pulau Pinang iaitu sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bekalan Air dan Halal Hub negeri itu.

Dia berkata tindakan itu bagi mematuhi Resolusi Dewan Ulama Pas yang telah memutuskan hubungan dengan DAP.

“Daripada usul ulama yang meluluskan tanpa bahas, kita merasakan bagaimana lawan kita, rakan kita rasa.

“Oleh karana usul telah putus dengan DAP dan bagi memenuhi hasrat usul itu saya memulakan terhadap diri saya dan dengan ini saya akan letak jawatan saya di Pulau Pinang iaitu dalam Lembaga Pengarah Air dan Lembaga Halal Hub,” katanya.

Mujahid Yusof Rawa

Anggota Parlimen Parit Buntar Mujahid Yusof Rawa mengesahkan mengosongkan semua jawatannya dalam kerajaan negeri, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.

Mujahid kini menyandang jawatan sebagai anggota lembaga Yayasan Islam Pulau Pinang dan ahli lembaga pengarah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang, bawah kelolaan Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

} Tak tahu nak kesian atau nak menangis, kononnya mereka ini meletakkan jawatan konon sebab hormatkan ulama’. Entah berapa juta mereka dah makan pun kita tak tahu. 

} Pada ana, ini kononnya nak merajuk, dan minta dipujuk. Kononnnya kita kena letakkan permaidani merah untuk mereka dibawa kembali dalam jawatan mereka.

} Sekali air bah, sekali pantai berubah. Tak payah nak salahkan ulama’ jika diri sendiri selama ini makan di atas tangan orang yang selalu mengutuk parti sendiri. Patutnya letak jawatan bila Guan Eng kutuk ulama’. Tapi tidak. Selagi Guan Eng kutuk ulama’, selama itulah mereka makan hasil komunis DAP. 

} Pada ana tak perlu layan mereka ini. Mereka sudah puas makan hasil orang lain. Mereka sentiasa jaga hati Guan Eng sebab mereka makan gaji puluhan ribu sebulan.

Padan muka, hari ini rakyat semua tahu kenapa mereka semua bercakap macam orang yang tak hormatkan ulama’.