Satu-satunya orang yang yakin sangat dengan fakta Selangor akan berhadapan dengan pilihanraya negeri ini adalah Kit Siang. Dia nampak sangat konfiden, akan berlaku situasi yang besar di Selangor. Di mana, ADUN PAS akan meletakkan jawatan beramai-ramai dan meminta berlakunya state election.
Apakah itu sahaja jalannya? Tak ada jalan lain?
Lim Kit Siang lupa agaknya, antara keputusan paling besar dalam Muktamar Pas yang lalu adalah meletakkan Iskandar Samad sebagai Naib Presiden Pas yang baru. Ini memang strategi paling padu.
Ini meletakkan Iskandar Samad tidak jauh statusnya dengan MB Selangor. Kalau Azmin adalah Timbalan Presiden, Iskandar Naib. Baru ada balance. Senior dalam parti masing-masing.
Hubungan Azmin-Iskandar ini memang rapat sejak lama. Banyak benda mereka kongsi. Masa depan politik dan ekonomi. Abang Is memang seorang yang boleh diharap.
Kalau DAP minta diadakan pilihanraya, jangan ingat mereka boleh menang semua. DAP sibuk kata PAS akan kalah semua. Mengalahkan si fu master. Mereka boleh ramal semua.
Apa rasa DAP kalau situasi Selangor kekal macam biasa. Tak ada perubahan. Malah hubungan PAS dan PKR lebih akrab. Azmin ambil jalan untuk jadikan Selangor sebagai model negeri Islam? Marah? Letak jawatan?
Sekarang kita tahu, yang lebih bebal adalah DAP. Takut benar dengan bayang-bayang sendiri.