Perang Siffin @ Perang Jamal @ Perang Unta adalah contoh yang jelas bagaimana peranan orang munafik dan tidak setia kepada perjuangan, boleh membawa perbalahan sesama umat manusia.
Sedang Saiditina Aishah tidak ada niat untuk berperang, tetapi apabila kelompok pemberontak jahat Sabaiyyah memainkan peranan, hancur lebur jadinya perpaduan sesama umat Islam.
Hati-Hati. Ada lagi pewaris Sabaiyyah dalam perjuangan kita. Mereka ini bergerak licik termasuk diberikan kekuatan kewangan oleh musuh Islam.

Golongan Sabaiyyah berasa terancam dengan perdamaian tersebut. Pada malamnya, mereka merancang untuk melagakan kedua-dua pihak Ali dan Saiditina Aisyah. Jika umat Islam bersatu, pasti akan memudahkan tindakan diambil ke atas para pembunuh Uthman. Sekiranya umat Islam kekal berpecah, selagi itulah para pembunuh Uthman akan terselamat daripada apa-apa tindakan. Jika mereka tidak bertindak cepat, lambat laun tembelang mereka akan pecah, dan mereka pasti di qisaskan atau di hukum. Dianggarkan jumlah mereka menyelinap dalam tentera Ali ketika itu dikatakan mencecah 1,000-2,000 orang.

Mereka segera mengatur rancangan dan membuat keputusan bahawa satu kumpulan dari mereka akan berada di pihak Aishah manakala satu lagi kumpulan kekal di dalam pasukan Ali. Mereka akan bertindak secara senyap untuk mencetuskan kekacauan dengan saling menyerang di antara satu sama lain menyebabkan berlaku kekeliruan kepada kedua-dua belah pihak.

Berlakunya Perang

Sebelum subuh, golongan Sabaiyah  menyerang pasukan Aisyah secara mengejut. Dalam suasana terperanjat daripada tidur, pasukan Aisyah menyangka bahawa tentera Ali telah berlaku khianat dan menyerang mereka.

Golongan Sabaiyyah disebelah pasukan Aisyah berteriak bahawa tentera Ali telah menyerang curi dan  menipu mereka. Sebagai tindakan mempertahankan diri sendiri, mereka menyerang balas ke atas tentera Ali.

Golongan Sabaiyyah disebelah pasukan Ali pula berteriak bahawa rombongan Aisyah telah menyerang. Lalu Pasukan Ali menyangka pasukan Aisyah telah berlaku khianat dan menyerang mereka. Dengan itu mereka menyerang balas untuk mempertahankan diri. Tidak sesiapapun di kalangan mereka yang menyedari perkara sebenar yang terjadi. Disitulah bermulalah Perang Jamal sekali pun kedua-dua pihak pada asalnya tidak berniat untuk berperang.

Berhati-hatilah dengan rakan-rakan yang gemar mengadu domba sesama kita. Hati-hati.
Kita mesti kekal bersatu di bawah panji parti kita, bukan dengan tahaluf yang merugikan kita untuk jangka masa panjang.