Ada pula bekas pemimpin UMNO yang nak berlagak Diva di dalam parti kita. Ana letih nak layan orang macam ini. Pada ana, memang daripada dahulu, sampah UMNO macam ini memang buat kita jadi busuk dan hanyir. Ingat boleh mendatangkan wangi? Kalau keluar dari dubur politik UMNO, jangan harap.
Sebab itu ana rasa, lebih awal orang macam Mat Taib ini berambus daripada parti kita, lebih baik dan positif.
Bila Mat Taib kena tahan di Brisbane, nak bawa masuk duit RM2.4 juta, kita sudah tahu jenis penyamun macam ini.
Kemudian diteruskan oleh Wak Toyo. Jahanam juga Selangor.
Ana nak minta pimpinan supaya lebih halus dalam memilih orang yang nak diberikan tempat dalam Pas.
Kalau setakat pakai kopiah putih, lepas tu mengaku insaf. Tak payahlah.
Orang macam ini tak ada harga dalam Pas.