Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menuduh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menikam Pakatan Rakyat dari belakang pada pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh baru-baru ini.

Katanya, selain tidak menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon PRK Permatang Pauh, Abdul Hadi juga langsung tidak hadir ke Permatang Pauh bermula hari penamaan calon sehingga tiba hari pengundian.

Menurut Lim, itu tidak sepatutnya berlaku dan jelas menunjukkan Abdul Hadi tidak komited terhadap dasar bersama pakatan pembangkang.

“Kita tidak kacau PAS… kita hanya jawab bila PAS kacau kita dan bila PAS putar belitkan apa yang sebenarnya berlaku, saya rasa bahawa pemimpin-pemimpin PAS tidak kira Mahfuz atau mereka yang hendak sokong sama Hadi itu hak mereka, tetapi janganlah tutup mata ke atas hasrat PAS untuk menubuhkan kerajaan gabungan dengan UMNO itu amat nyata sekali.

“Dan PRK Permatang Pauh presiden mereka tidak hadir langsung itu tidak apa lah mungkin dia sibuk sangat… ada tugas lebih penting, tetapi bila ditanya samada sokong Kak Wan sebagai calon PR dekat Permatang Pauh keengganan beliau untuk sokong Kak Wan saya rasa adalah sesuatu yang boleh dianggap tikam belakang dan tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Lim mengulas tentang desas desus yang mengatakan PAS mahu bergabung dengan UMNO bagi mewujudkan kerajaan perpaduan.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi turut menyelar Abdul Hadi dengan menyifatkannya beliau sebagai perosak kerjasama antara DAP, PKR dan PAS.

———————-

Bila la Guan Eng ni nak belajar adab dan hormat orang lain sikit. Mentang-mentang Presiden kita bukan MB, dia main langgar ikut suka.

Apa masalah kalau TGHH tak turun Permatang Pauh? Menang kan? Apa yang nak kecoh sangat.

Bila menang, TGHH sendiri OK kalau Ahli Parlimen Permatang Pauh jadi Ketua Pembangkang. Apa yang nak marah sangat?

Payah kalau Ketua Menteri ini ego tak ketahuan. Menyampah pun ada bila tengok.

Ini bukan soal PAS nak keluar atau tidak. Ini soal DAP yang macam nak halau kita.